Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terima kasih mengunjungi blog kami. Blog kami mengisahkan tentang isu-isu muamalat dan permasalahan akhlak bagi tajuk "Penipuan sukatan timbangan ketika dalam perniagaan."
Pendahuluan
Berniaga adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Rasulullah juga seorang peniaga dan telah menawan hati ramai orang dengan cara Baginda berniaga.
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan mengubah suai alat timbang tersebut. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam.
Contoh penipuan sukatan timbangan adalah seorang pembeli ingin membeli satu kilo udang. Semasa ditimbang di gerai tersebut, berat menunjukkan tepat satu kilo. Tetapi apabila beliau menimbang di tempat lain, berat udang tersebut kurang daripada satu kilo.
Hukum dan kesan bagi perbuatan penipuan sukatan timbangan
Islam melarang melakukan penipuan dalam takaran dan timbangan.Perkara ini dapat merosakkan akidah peniaga Islam.Oleh yang demikian, Islam sangat menentang perkara tersebut. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi”. (Surah al-Mutaffifin (83): 1-3)
Dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT sangat menentang dan melarang amalan mengurangkan timbangan kerana ia adalah kesalahan dalam perniagaan yang dapat merosakkan akhlak umat Islam yang menyebabkan ia merampas 98 hak orang lain. Ini menimbulkan kesan buruk terhadap dunia perniagaan kerana menimbulkan rasa ketidak percayaan pembeli terhadap peniaga yang tidak amanah. Oleh kerana itu, peniaga seperti ini mendapat ancaman seksa di akhirat. Sudah semestinya peniaga Muslim hendaklah menjauhi amalan keji ini.
Melakukan kesalahan dalam perniagaan menyebabkan timbulnya ketidakadilan dalam masyarakat. Untuk itu, seorang peniaga harus berhati-hati, jangan sekali-kali berdusta, kerana dusta itu bahaya bagi peniaga. Dusta itu merupakan perbuatan jahat dan kejahatan itu menyebabkannya ke neraka. Setiap darah dan daging yang tumbuh dari barang haram, maka neraka adalah tempat yang tepat baginya. Selain itu elakkan pula banyak bersumpah, khususnya sumpah dusta sebab Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Tiga golongan manusia yang tidak akan dilihat Allah SWT nanti di hari kiamat dan tidak akan dibersihkan, dan baginya adalah seksaan yang pedih, maka mengulang oleh Rasulullah SAW: bertanyak Abu Dur sapamereka itu?berkata Rasulullah SAW: Iaitu orang yang sombong, orang yang suka mengungkit-ungkit balik pemberiannya, dan orang yang menyerahkan barang niagaannya (kepada pembeli) dengan sumpah palsu. (Riwayat Muslim)115
Dengan demikian, seorang peniaga perlu menjauhi penipuan kerana perbuatan menipu tidak termasuk kalangan umat Islam. Islam juga melarang para peniaga mengurangkan timbangan dan sukatan kerana perbuatan ini membawa kecelakaan. Oleh itu, sikap berhati-hati dalam menyukat dan menimbang ini perlu dilakukan kerana sifat tidak amanah dalam menyukat dan menimbang merupakan tindakan kezaliman yang sukar ditebus dengan taubat. Ini disebabkan kesulitan mengumpulkan kembali para pembeli yang pernah dianiaya dengan mengembalikan hak-hak mereka.
Langkah mengatasi daripada penipuan sukatan timbangan.
Bagi mengatasi daripada penipuan sukatan timbangan peniaga dan pembeli perlulah mengambil langkah mengatasinya dengan cara, peniaga perlu memastikan alat timbang yang diguna pakai mendapat pengesahan daripada Metrology Corporation Malaysian (MCM) dimana ia merupakan sebuah badan yang ditubuhkan bagi membuat semakan dan membuat tentu sah terhadap semua alatan menyukat dan mengukur yang diguna pakai dalam urusan perniagaan dalam negara.
Bagi pembeli pula, pembeli perlulah menyemak sama ada alat timbang sukat itu telah ditentu sah oleh MCM dengan melihat satu pelekat warna hijau kebiasaannya dilekat pada bahagian depan penimbang. Pada pelekat tersebut juga tertera tarikh yang menentukan tempoh sah laku alat timbang sukat tersebut untuk digunakan oleh penjual.
Sehubungan itu, KPDNKK menggesa orang ramai supaya melaporkan sekiranya menjumpai atau mengesyaki mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan supaya tindakan lanjut boleh diambil dan mengelakkan kegiatan penipuan berleluasa
Jika pembeli melihat atau mengetahui berlaku penyelwangan dan penipuan,aduan boleh dibuat kepada KPDNKK melalui laman web https://www.kpdnkk.gov.my atau terus ke pejabat yang berhampiran.
Kesimpulan
Perniagaan sangat digalakkan bagi menyara cara hidup bagi mencari harta kekayaan di dunia. Sembilan persepuluh dari rezeki itu boleh diperolehi dari perniagaan. Walaubagaimanapun Islam menetapkan cara sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam. Selaku ahli perniagaan kecil atau besar kita mestilah berasaskan perkara yang amat penting iaitu mencari yang halal dengan cara yang halal pula. Ertinya carilah barang yang halal untuk diniagakan dengan cara yang penuh kejujuran serta tidak melibatkan penipuan, pengananiayaan, pencurian hak orang lain, perampasan, riba dan sebagainya.
___________________________________________________
___________________________________________________
RUJUKAN
Berita Berkaitan:
![]() |
![]() |

Video Berkaitan:
Penipuan Timbangan Penjual Durian
______________________________________________
Di sediakan oleh,
Ahli Kumpulan:
1) Norzilawati Binti Surachi (30DIB18F1002)
2) Nor Atikah Suhaila Binti Abd Ghani (30DIB18F1033)
3) Poojaswary Thangaraj (30DIB18F1018)
4) Nur Hidayah Binti Abdul Salam 30DIB18F1019)
No comments:
Post a Comment